Search This Blog

Sunday, June 8, 2014

UTeM meriahkan Festival Antarabangsa Sungai Melaka - Bola Sepak Melaka Blog

UTeM meriahkan Festival Antarabangsa Sungai <b>Melaka</b> - Bola Sepak Melaka Blog


UTeM meriahkan Festival Antarabangsa Sungai <b>Melaka</b>

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Sebahagian daripada peserta kebudayaan mempersembahkan permainan gendang 24 musim dalam Festival Etnik Antarabangsa anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 di Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 3 Jun - Festival Etnik Antarabangsa anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 yang diadakan di Taman Rempah di sini berlangsung dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung Sabtu lalu.

Pegawai Kebudayaan UTeM, Amir Ali berkata, festival etnik berkenaan merupakan acara pembukaan Festival Antarabangsa Su­ngai Melaka yang diadakan selama sebulan di negeri ini.

Menurutnya, pelbagai persembahan menarik dipersembahkan kepada ribuan pengunjung yang memenuhi kawasan tarikan utama pengunjung di Taman Rempah pada hari berkenaan.

"Selain itu, festival tersebut turut dimeriahkan dengan menampilkan persembahan jemputan dari Universitas Karimun dan kumpulan kebudayaan dari Daerah Pulau Meranti, Kepulauan Riau, Indonesia," katanya.

Festival bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 12 malam itu dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTeM, Prof. Madya Dr. Izaidin Abdul Majid dan Timbalan Pendaftar Kanan, Zainudin Ahmad.

Jelas Amir, antara persembahan menarik yang disajikan kepada pengunjung termasuklah gamelan, orkestra UTeM, gendang 24 musim, tarian tradisional masyarakat Cina dan Portugis serta tarian etnik Sabah dan Sarawak.

"Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan Dondang Sayang yang dijayakan oleh Kumpulan Dondang Sayang Melaka pada malam tersebut," ujarnya.

Tambah beliau lagi, pihak UTeM amat berbesar hati dan bangga dapat melibatkan diri membantu kerajaan negeri memeriahkan karnival berkenaan dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung serta mempelbagaikan aktiviti sepanjang karnival.

"Diharapkan UTeM akan membantu memperkenalkan kepada masyarakat terutamanya pengunjung luar negara terhadap keunikan seni dan budaya masyarakat tempatan," katanya.

No comments:

Post a Comment