sultan melaka - <b><b>Bola Sepak Melaka</b></b> Blog - Blogger - Bola Sepak Melaka Blog |
- sultan melaka - <b><b>Bola Sepak Melaka</b></b> Blog - Blogger
- <b>Melaka</b> tuan rumah Sopma Ke18 - Utusan Online
- <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Angkat Festival Antarabangsa Sungai <b>...</b>
sultan melaka - <b><b>Bola Sepak Melaka</b></b> Blog - Blogger Posted: 19 May 2014 02:53 AM PDT Penulis menonton perlawanan persahabatan Melaka-Johor Darul Takzim II di Stadium Hang Tuah @ Kubu hari Sabtu (14Disember) 8.45 malam. Tahniah kepada MUSA atau Melaka United Soccer Association kerana berjaya mengembalikan perminat sukan bolasepak ke Stadium. Presiden MUFA mesti gembira dengan sambutan dan kehadiran penonton. Mungkin kah kerana tiada bayaran di kenakan untuk menonton atau semangat kesukanan? Ya dan tidak. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Pengamatan penulis mengenai permainan mereka adalah seimbang. `Ball possesion' Johor 55 peratus dan Melaka 45 peratus. Saiz badan pemain Melaka lebih sasa dan sama tinggi berbanding Johor Darul Takzim II. Pertahanan Johor Darul Takzim lebih tinggi daripada pemain tengah dan penyerangnya. Permainan Melaka agak `robust' menyebabkan permainan terganggu kelancarannya. Terdapat 3 pemain Johor di bawa keluar dan diganti dengan pemain gantian. Johor bermain lebih gentlemen atas semangat kesukanan. Johor ada membariskan pemain import (sekurang kurangnya bekas penyerang LionX) manakala Melaka 100 pemain tempatan. Jurulatih Melaka warga asing manakala Johor di latih oleh Saudara Azmi. Mutu pengadilan amat buruk dan tidak berjaya mengawal perlawanan. Penulis rasa pengadil berkenaan belum boleh dipertengahkan untuk Liga Perdana atau Divisyen. Penonton Johor kecewa dengan mutu pengadilannya. Sepatutnya Melaka menerima banyak kad kuning. Kelab penyokong Melaka perlu memperbaiki rythem atau choros lagu sokongan. Kelab penyokong Johor Darul Takzim lebih seragam dan bervariasi. Penulis berharap bunga api oleh penyokong Johor + Melaka tidak digunakan untuk mencederakan penonton tetapi untuk kemeriahan perlawanan. Penyokong Melaka diminta berhati hati dengan pembakaran mercun kerana takut terbakar diri sendiri dan sahabat handai. Jangan buang mercun kearah pemain walaupun pemain lawan melakukan kekasaran. Nanti kena denda beb. Ketua Menteri Melaka dan Presiden berkesempatan menonton perlawanan persahabatan ini dan tentunya gembira dengan sokongan peminat bolasepak negeri. Keadaan lalulintas agak sesak di dalam kawasan Jalan Hang Tuah. Penulis ini melihat kelibat Johor Darul Takzim I pulak selain peningkatan mutu pemainan Melaka dan `lebih gentleman' |
<b>Melaka</b> tuan rumah Sopma Ke18 - Utusan Online Posted: 05 Jun 2014 12:12 PM PDT Oleh FADZLY IZAB Idris Haron (tiga dari kanan) menyerahkan bendera Melaka kepada Amir Hamzah Aziz (dua dari kiri) sempena Sukan Orang Pekak Malaysia Ke18 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. MELAKA 5 Jun - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) ke18 yang bakal berlangsung pada 13 hingga 20 Jun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, Sopma kali ini bakal melibatkan kirakira 1,000 atlet kurang upaya pendengaran termasuk pegawai dari seluruh negara. Menurutnya, penganjuran Sopma kali ini juga membabitkan atlet dari dua negara jiran iaitu Singapura dan Brunei untuk bersaing dalam tujuh acara sukan yang dipertandingkan. ''Tujuh acara berkenaan termasuklah bola sepak, futsal, badminton, boling tenpin, boling padang, olahraga dan bola jaring. "Kesemuanya akan diadakan di beberapa venue sekitar bandar raya Melaka, Ayer Keroh dan Krubong," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Sopma ke18 di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini. Yang hadir sama Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Kamarzaman Harun dan Ketua Kontinjen Melaka, Amir Hamzah Aziz. Jelas Idris, acara sukan berkenaan bertujuan mencari bakat serta memberi peluang kepada atlet pekak yang berbakat untuk mewakili negara ke Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) dan Sukan Olimpik Orang Pekak (Deaflympic). Ujarnya, acara anjuran MSDeaf dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini telah beberapa kali berjaya menghantar kontinjen dalam keduadua sukan antarabangsa berkenaan sejak 1994. "Oleh yang demikian, saya berharap atlet yang beraksi di Sopma akan berusaha sedaya upaya mencapai kejayaan cemerlang bagi membuktikan masalah pendengaran bukan suatu halangan untuk berjaya seterusnya mampu mengharumkan nama negara di peringkat lebih tinggi," katanya. Sementara itu tambahnya, Sopma kali ini bakal menampilkan cara pengadilan dan teknikal berbeza dengan sukan biasa dan paralimpik iaitu dengan menggunakan tiupan wisel bagi permulaan, kesalahan dan tamat perlawanan serta ditambah penggunaan alat isyarat visual. "Penggunaan sistem berkenaan sudah lama digunakan di peringkat antarabangsa bagi memberi keputusan adil kepada atlet pekak yang bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan," tambahnya. Majlis perasmian Sopma ke18 akan diadakan pada 16 Jun ini di Stadium Hang Tuah di sini manakala majlis penutup diadakan pada 20 Jun di lokasi sama. |
<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Angkat Festival Antarabangsa Sungai <b>...</b> Posted: 04 Jun 2014 02:28 AM PDT MELAKA 1 Jun - Festival Antarabangsa Sungai Melaka wajar diangkat ke peringkat lebih tinggi malah tersenarai dalam kalendar acara dunia. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, festival tahunan yang disusun dengan pelbagai acara bertaraf antarabangsa itu berpotensi untuk dinaikkan tarafnya setanding festival utama lain di luar negara. Menurutnya, festival yang berlangsung selama sebulan itu akan menjadi antara acara yang sentiasa dinanti-nantikan dan mahu dihadiri para pengunjung dari serata dunia. "Acara ini sekali gus akan dapat mempromosikan jenama negara serta Melaka ke peringkat global malah membantu meningkatkan lagi kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dataran Sungai Melaka di sini malam tadi. Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin. Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid. Menurut Idris, bagi festival tahun ini, sebanyak 80 acara disediakan sepanjang tempoh festival berkenaan di mana 11 daripadanya bertaraf antarabangsa. "Antara aktiviti utama sempena festival ini termasuk Perarakan Bot Berhias, Perarakan Melaka Parade, Pertandingan Perahu Naga, Pertandingan Kayak Antarabangsa dan Marathon Antarabangsa Sungai Melaka," katanya. Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 1.2 juta pengunjung dari dalam dan luar negara berkunjung ke Sungai Melaka sepanjang festival berlangsung. "Kehadiran lebih ramai pengunjung ke festival ini secara tidak langsung akan membantu mencapai sasaran 15 juta pelancong ke Melaka sempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini," jelasnya. Beliau berkata, kerjasama dan komitmen semua pihak dalam amat diharapkan bagi menjayakan festival kebanggaan negeri ini. |
You are subscribed to email updates from bola sepak Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment