Search This Blog

Sunday, July 13, 2014

Senarai Buffet Ramadhan Di Melaka 2014 | PERLING PUTIH - Bola Sepak Melaka Blog

Senarai Buffet Ramadhan Di <b>Melaka</b> 2014 | PERLING PUTIH - Bola Sepak Melaka Blog


Senarai Buffet Ramadhan Di <b>Melaka</b> 2014 | PERLING PUTIH

Posted: 01 Jul 2014 11:54 PM PDT

Senarai Buffet Ramadhan Di Melaka 2014

Senarai Buffet Ramadhan di Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah 2014. Selamat berbuka puasa dan salam Ramadhan Al Mubarak 2014.

Hatten Hotel - Klik link ini
Ramadhan Buffet

CASA DEL RIO MELAKA - Masakan Kampung Buffet Dinner


Afamosa Resort, Melaka

Philea Resort & Spa, Ayer Keroh : Ramadan Culinary of Malaysia


29 June 2014 – 25 July 2014
Starts from 6.45pm to 10.00pm

Strengthen ties with family, friends and business associates during this holy occasion with a 'Buka Puasa' dinner in true muhibbah spirit. Revel in our bountiful buffet spread as our culinary team whips up Culinary of Malaysia including Bukhara Lamb, Shawarma, Gearbox Soup, Pasembur, Mongolian Hot Plate and more, all in one place. A truly Malaysian event not to be missed. For your added convenience, suraus are made available. Selamat Berbuka Puasa!

RM75++ per adult
RM45++ per child

Terms and conditions apply.

All prices are subject to 10% service charge and 6% government tax.

For reservations and enquiries, call our Ramadan Hotline at 06-232 8336 or email fb@phileahotel.com.my.

 - See more at: https://www.phileahotel.com.my/offers/offers_RamadanCulinary.html#sthash.hxRvk96s.dpuf

Hotel Equatorial Melaka

Bayview Melaka - Selera Kampung
Holiday Inn Melaka - A nostalgic Ramadhan

Hotel Mahkota Melaka - Cafe Mahkota




Keputusan Pemilihan Presiden FAM 25 Mei 2014 | PERLING PUTIH

Posted: 25 May 2014 01:09 AM PDT

Keputusan Pemilihan Presiden FAM 25 Mei 2014

Keputusan Pemilihan Presiden FAM 25 Mei 2014Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas peroleh 27 daripada 39 undi, tewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam saingan dua penjuru, hari ini.

Awal pagi tadi, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mengumumkan baginda menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Presiden FAM selepas memegang jawatan itu selama 30 tahun sejak 1984. 



Pengumuman itu dibuat Sultan Ahmad Shah pada ucapan pembukaan kongres ke-50 di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam. 

Dengan itu, saingan rebut jawatan Presiden antara Tengku Abdullah dan Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) - BH online

Menurut mStar online pula : 

2.15: Undian pemilihan jawatan presiden terpaksa diadakan untuk kali kedua disebabkan jumlah tidak mencapai majoriti 2/3 iaitu 26 undi mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan presiden.

Pada undian pertama Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Penyandang Timbalan Presiden) mendapat 24 undi manakala Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat 15 undi.

Timbalan Presiden (baharu) :

Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang Naib Presiden)

Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAS)

Naib Presiden (baharu):

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak) 

Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis)

Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)

Datuk Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak)

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Lelaki (baharu):

1.Datuk Yusof Mahadi (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka)

2.Datuk Osman Salleh (penyandang)

3.Alijus @ Mohd Ali Sipil (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah)

4.Abdul Aziz Yeop Jamaludin (Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak)

5.Datuk S. Sivasundaram (penyandang)

6. Goh Ah Chai (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)

7.Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang)

8.Datuk Othman Aziz (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah)

BERIKUT adalah keputusan rasmi barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seisi 2014/18:

Keputusan;

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Wanita:

Brig Jeneral Datuk Norhuda Ahmad

Normala Md Yusof



sultan melaka - <b><b>Bola Sepak Melaka</b></b> Blog - Blogger

Posted: 19 May 2014 02:53 AM PDT

Penulis menonton perlawanan persahabatan Melaka-Johor Darul Takzim II di Stadium Hang Tuah @ Kubu hari Sabtu (14Disember) 8.45 malam.

Tahniah kepada MUSA atau Melaka United Soccer Association kerana berjaya mengembalikan perminat sukan bolasepak ke Stadium. Presiden MUFA mesti gembira dengan sambutan dan kehadiran penonton. Mungkin kah kerana tiada bayaran di kenakan untuk menonton atau semangat kesukanan? Ya dan tidak.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Pengamatan penulis mengenai permainan mereka adalah seimbang. `Ball possesion' Johor 55 peratus dan Melaka 45 peratus.

Saiz badan pemain Melaka lebih sasa dan sama tinggi berbanding Johor Darul Takzim II. Pertahanan Johor Darul Takzim lebih tinggi daripada pemain tengah dan penyerangnya.

Permainan Melaka agak `robust' menyebabkan permainan terganggu kelancarannya. Terdapat 3 pemain Johor di bawa keluar dan diganti dengan pemain gantian. Johor bermain lebih gentlemen atas semangat kesukanan.

Johor ada membariskan pemain import (sekurang kurangnya bekas penyerang LionX) manakala Melaka 100 pemain tempatan. Jurulatih Melaka warga asing manakala Johor di latih oleh Saudara Azmi.

Mutu pengadilan amat buruk dan tidak berjaya mengawal perlawanan. Penulis rasa pengadil berkenaan belum boleh dipertengahkan untuk Liga Perdana atau Divisyen. Penonton Johor kecewa dengan mutu pengadilannya. Sepatutnya Melaka menerima banyak kad kuning.

Kelab penyokong Melaka perlu memperbaiki rythem atau choros lagu sokongan. Kelab penyokong Johor Darul Takzim lebih seragam dan bervariasi.

Penulis berharap bunga api oleh penyokong Johor + Melaka  tidak digunakan untuk mencederakan penonton tetapi untuk kemeriahan perlawanan. Penyokong Melaka diminta berhati hati dengan pembakaran mercun kerana takut terbakar diri sendiri dan sahabat handai. Jangan buang mercun kearah pemain walaupun pemain lawan melakukan kekasaran. Nanti kena denda beb.

Ketua Menteri Melaka dan Presiden berkesempatan menonton perlawanan persahabatan ini dan tentunya gembira dengan sokongan peminat bolasepak negeri. Keadaan lalulintas agak sesak di dalam kawasan Jalan Hang Tuah.

Penulis ini melihat kelibat Johor Darul Takzim I pulak selain peningkatan mutu pemainan Melaka dan `lebih gentleman'

No comments:

Post a Comment