25 PEMAIN MUDA GALAS TUGAS SABAH DI <b>MELAKA</b> – Portal <b>...</b> - Bola Sepak Melaka Blog |
- 25 PEMAIN MUDA GALAS TUGAS SABAH DI <b>MELAKA</b> – Portal <b>...</b>
- sultan melaka - <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog - Blogger
- <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota <b>...</b>
25 PEMAIN MUDA GALAS TUGAS SABAH DI <b>MELAKA</b> – Portal <b>...</b> Posted: 30 Jul 2014 02:52 AM PDT Oleh WILLIE JUDE JUNAIDI PERSATUAN Bola Sepak Sabah (SAFA) baru-baru ini mengumumkan senarai 25 pemain yang bakal membawa cabaran pasukan negeri pada pertandingan bola sepak Piala Belia Bawah 19 Tahun anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Melaka, bermula 19 Ogos hingga 2 September depan. Antara yang terpilih termasuk pemain berbakat daripada Penampang, O'Neill Shanahan Marcellinus Bungkilan yang dijangka bakal memperkuatkan lagi pasukan Sabah untuk memberi cabaran pada saingan kali ini selepas berjaya mendapat tempat ketiga pada kejohanan sama, tahun lalu. Ketua Jurulatih, Rozle Idris, pasukan mula memilih pemain ketika kejohanan Piala Datuk Seri Musa Aman berlangsung, baru-baru ini, sebelum senarai terakhir dimuktamadkan selepas beberapa siri pemilihan pada pertengahan Julai lalu. "Persiapan kita bermula sejak fasa pertama latihan iaitu pada 17 hingga 15 Julai lalu dan selepas kita berehat sempena Aidilfitri, kita akan menyambung latihan bermula 31 Julai hingga 16 Ogos. Antara senarai pemain yang dipilih ialah penjaga gol, Datu Mohd Armin Datu Muhd (Tawau), Masran Masri (Kota Kinabalu) dan Jashaniezzan Rasman (Sipitang) manakala pertahanan terdiri daripada Mohd Harnain Hartono (Tawau), Zulhafiz Abdul Mahal (Tawau), Ghazali Abd Ismail (Tawau), Dyrance Junaidi (Keningau), Randy Baruh @ Samson (Sipitang), Muhammad Khirul Kamaruddin (Tawau), Mohd Azfizam Norli (Kota Belud) dan Josesua Jubin (Kota Kinabalu). Sementara itu, O'Neill akan membantu bahagian tengah dengan dibantu Mohd Juraid Lijas (Papar), Saidi Latip (Kinabatangan), Ahmad Sabri Ahmad Urayah (Lahad Datu), Malik Jukup (Beluran), Mohd Mardi Makmur (Tawau), Mohd Fazzrey Karim (Beluran), Mohd Ikhmal Akid Bahari (Kota Kinabalu), Muhamad Hafiz Muhd Kamal (Tawau) dan Mohd Haqqul Yaqin (Tawau). Penyerang yang bakal ditugaskan untuk memburu gol buat pasukan pula ialah Rahmanshah Marajeh (Tawau), Klismon Aribulan (Kudat), Fazriel Hanafi Stepanus (Tawau) dan Salprin Salleh (Nabawan). Sabah akan bertemu dengan pasukan tuan rumah, Melaka pada perlawanan pembukaan pada 20 Ogos depan sebelum turun menentang pasukan jiran dari Borneo, Sarawak pada 22 Ogos. Selepas itu, Sabah akan melengkapkan perlawanan di peringkat kumpulan menentang Kedah pada 24 Ogos dan Kuala Lumpur pada 26 ogos. Perlawanan suku akhir pula akan berlangsung pada 28 Ogos, disusuli separuh akhir (30 ogos) dan perlawanan akhir (1 September). Sementara itu, Othman Abdullah bakal membawa cabaran Sabah sebagai pengurus pasukan sementara Rozlee akan dibantu penolong jurulatih, ahmad Fakhrurazi. Bekas penjaga gol skuad senior Sabah, Mark Damun pula akan bertindak sebagai jurulatih penjaga gol, Azirul Hassan sebagai Fisioterapi dan Muhamad Kamal Abdul Rani sebagai 'kitman'. | ||||||||
sultan melaka - <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog - Blogger Posted: 05 Jul 2014 01:19 AM PDT Penulis menonton perlawanan persahabatan Melaka-Johor Darul Takzim II di Stadium Hang Tuah @ Kubu hari Sabtu (14Disember) 8.45 malam. Tahniah kepada MUSA atau Melaka United Soccer Association kerana berjaya mengembalikan perminat sukan bolasepak ke Stadium. Presiden MUFA mesti gembira dengan sambutan dan kehadiran penonton. Mungkin kah kerana tiada bayaran di kenakan untuk menonton atau semangat kesukanan? Ya dan tidak. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Pengamatan penulis mengenai permainan mereka adalah seimbang. `Ball possesion' Johor 55 peratus dan Melaka 45 peratus. Saiz badan pemain Melaka lebih sasa dan sama tinggi berbanding Johor Darul Takzim II. Pertahanan Johor Darul Takzim lebih tinggi daripada pemain tengah dan penyerangnya. Permainan Melaka agak `robust' menyebabkan permainan terganggu kelancarannya. Terdapat 3 pemain Johor di bawa keluar dan diganti dengan pemain gantian. Johor bermain lebih gentlemen atas semangat kesukanan. Johor ada membariskan pemain import (sekurang kurangnya bekas penyerang LionX) manakala Melaka 100 pemain tempatan. Jurulatih Melaka warga asing manakala Johor di latih oleh Saudara Azmi. Mutu pengadilan amat buruk dan tidak berjaya mengawal perlawanan. Penulis rasa pengadil berkenaan belum boleh dipertengahkan untuk Liga Perdana atau Divisyen. Penonton Johor kecewa dengan mutu pengadilannya. Sepatutnya Melaka menerima banyak kad kuning. Kelab penyokong Melaka perlu memperbaiki rythem atau choros lagu sokongan. Kelab penyokong Johor Darul Takzim lebih seragam dan bervariasi. Penulis berharap bunga api oleh penyokong Johor + Melaka tidak digunakan untuk mencederakan penonton tetapi untuk kemeriahan perlawanan. Penyokong Melaka diminta berhati hati dengan pembakaran mercun kerana takut terbakar diri sendiri dan sahabat handai. Jangan buang mercun kearah pemain walaupun pemain lawan melakukan kekasaran. Nanti kena denda beb. Ketua Menteri Melaka dan Presiden berkesempatan menonton perlawanan persahabatan ini dan tentunya gembira dengan sokongan peminat bolasepak negeri. Keadaan lalulintas agak sesak di dalam kawasan Jalan Hang Tuah. Penulis ini melihat kelibat Johor Darul Takzim I pulak selain peningkatan mutu pemainan Melaka dan `lebih gentleman' | ||||||||
<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota <b>...</b> Posted: 08 Jul 2014 01:45 AM PDT Tarikh: 19.04.2014 (19 Jamadil Akhir 1435H) Hari: Sabtu Tempat: Stadium Mini,SSNSMK Tabuan Jaya, Sarawak.
|
You are subscribed to email updates from bola sepak Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment