Search This Blog

Thursday, August 13, 2015

Kepakaran Frenz United bantu bola sepak Melaka – KM | Perak Today - Bola Sepak Melaka Blog

Kepakaran Frenz United bantu <b>bola sepak Melaka</b> – KM | Perak Today - Bola Sepak Melaka Blog


Kepakaran Frenz United bantu <b>bola sepak Melaka</b> – KM | Perak Today

Posted: 21 Apr 2015 05:15 AM PDT

MELAKA: Kepakaran yang dimiliki kelab bola sepak Frenz United mampu membantu Melaka mengembangkan bakat muda sukan bola sepak di negeri ini seterusnya memajukan sukan itu di negeri Hang Tuah ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Justeru, Idris yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), berkata kerjasama yang dilakar MUSA dan Perbadanan Stadium Melaka dengan Frenz United bakal menjadi titik permulaan ke arah itu.

"Rakyat Melaka amat dahagakan kejayaan pasukan bola sepak Melaka iaitu Melaka United untuk melangkah ke tahap yang lebih baik dan disegani dalam sukan bola sepak.

"Bagaimanapun perlu diingatkan usaha memartabatkan sukan ini tidak boleh melalui jalan pintas, lebih banyak kerjasama yang erat perlu dijalin bersama pakar bola sepak seperti Frenz United," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MUSA, Perbadanan Stadium Melaka dengan Frenz United di sini.

Pada majlis itu Setiausaha Agung MUSA, Ahmad Rosli Hamzah, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Melaka, Datuk Yusoff Mahadi dan Presiden Frenz United, Datuk Noor Ihsan Abdul Hamid menandatangani MoU berkenaan.

Pasukan bola sepak Melaka United yang dibimbing jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris kini di tangga ketiga dalam Kumpulan B Liga FAM selepas mencatat tiga kemenangan daripada lima perlawanan.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama itu, Idris berkata Stadium Hang Tuah di sini akan menjadi gelanggang rasmi buat Frenz United untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa antaranya Piala Antarabangsa Frenz dan Kejuaraan Trofi Juara Asia.

"Stadium Hang Tuah akan menjadi 'homeground' kepada semua aktiviti yang dijalankan Frenz United, kelab itu juga akan melaksanakan kerja penambahbaikan stadium dengan anggaran kos RM3 juta.

Pulangan pula dianggarkan RM200,000 setahun atau RM3 juta dalam tempoh 15 tahun," katanya. Selain itu, beliau berkata buat masa ini, Frenz United juga bersetuju untuk mengambil alih dua daripada 10 buah padang bola di kawasan Stadium Hang Jebat untuk dijadikan tempat latihan. – BERNAMA

-Berita Harian

Comments

FRENZ UNITED PILIH <b>MELAKA</b> SEBAGAI &#39;RUMAH&#39; | Dunia Sukan <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2015 07:47 PM PDT

IMG_2341

Persatuan Bolasepak Melaka United atau lebih dikenali sebagai MUSA dan Kelab Bolasepak Frenz United hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) yang mana bakal menyaksikan satu kerjasama yang lebih baik untuk meningkatkan tahap bolasepak di negeri ini akan dilaksanakan.

Menerusi perjanjian ini, MUSA dan Frenz United akan bekerjasama dalam program pembangunan di peringkat akar umbi bagi mengenalpasti lebih ramai pemain-pemain berbakat di negeri ini.

Selain itu, perjanjian persefahaman ini juga bakal menyaksikan Stadium Hang Tuah akan menjadi gelanggang rasmi buat Kelab Bolasepak Frenz United untuk menjalankan aktiviti mereka termasuk penganjuran kejohanan-kejohanan antarabangsa yang akan disertai mereka seperti Trofi Juara-Juara (Asia Champions Trophy, ACT) dan juga Piala Antarabangsa Frenz (Frenz International Cup, FIC).

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga merupakan Presiden MUSA selain disertai wakil pengurusan tertinggi kedua-dua pihak iaitu Datuk Yusoff Mahadi, Timbalan Presiden MUSA yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah, Perbadanan Stadium Negeri Melaka serta Dato' Noor Ihsan Abdul Hamid, Presiden Kelab Bolasepak Frenz United. Mengulas mengenai persetujuan yang dicapai bersama MUSA, Datuk Seri Idris Haron berkata: "MUSA cukup gembira menerusi Perjanjian Persefahaman yang termeterai ini yang mana aspek pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi diberi penekanan. Kami mengucapkan selamat datang kepada Frenz United ke Negeri Melaka dan saya dengan berbesar hati mengatakan disini bahawa Kelab Bolasepak Frenz United akan diterima baik oleh peminat sebagai kelab tempatan di Negeri Melaka.

"Sudah tentu ianya dapat membantu mengembalikan era kegemilangan bolasepak Melaka satu ketika dahulu dan saya percaya, Frenz United menerusi kepakaran mereka mampu membantu kami merealisasikannya. Justeru saya mengajak semua rakyat Negeri Melaka untuk memberikan sokongan padu kepada usaha ini, dan moga ianya akan mencapai kejayaan."

Datuk Seri Idris juga menyatakan ianya juga satu penghormatan buat Melaka untuk menjadi tuan rumah dua kejohanan elit remaja antarabangsa iaitu ACT dan FIC buat kali pertama.

"Negeri Melaka sebelum ini telah membuktikan kredibiliti sebagai penganjur acara sukan terbaik di Malaysia dan saya percaya, kita akan memberikan yang terbaik selaku tuan rumah untuk dua kejohanan ini nanti," tambah Datuk Seri Idris.

Presiden Frenz United FC, Dato' Noor Ihsan pula menyifatkan kerjasama kedua-dua pihak bakal membuka lembaran baru untuk sukan bolasepak tanahair.

"Hari ini menandakan satu peristiwa yang cukup penting dalam sejarah FUFC. Kami cukup teruja untuk menghasilkan kerjasama yang lebih utuh selain membolehkan perkongsian maklumat dan kepakaran bagi tujuan memantapkan program pembangunan bolasepak di negeri ini," kata Dato' Noor Ihsan.

"Kami juga mempunyai perancangan untuk membangunkan sukan bolasepak di peringkat sekolah dengan memperkenalkan klinik kejurulatihan," tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Ihsan menjelaskan Kelab Bolasepak Frenz United adalah berbeza dengan pasukan yang berpengkalan di akademi mereka yang terletak di Janda Baik.

"Kelab Bolasepak Frenz United diwujudkan sebagai kesinambungan kepada kareer pemain lepasan Akademi Bolasepak Frenz United di Janda Baik. Pemain-pemain yang telah berjaya menghabiskan tempoh pengajian dan latihan di Akademi akan diberi kontrak sebagai pemain professional di Kelab Bolasepak Frenz United," beliau berkata.

Menyentuh mengenai pemilihan Melaka sebagai tuan rumah untuk dua kejohanan anjuran mereka selepas ini iaitu ACT dan FIC, Dato Noor Ihsan berkata: "Melaka mempunyai kemudahan sukan serta pengalaman yang baik dalam menganjurkan acara-acara sukan bertaraf antarabangsa.

"Terdapat lebih 24 kelab antarabangsa dari seluruh Asia, Eropah, dan Amerika Selatan mengambil bahagian dalam kejohanan ACT dan FIC setiap tahun. Penyertaan kelab-kelab ini pasti akan melonjakkan industri pelancongan di Melaka," kata Dato' Noor Ihsan.

Sebagai rekod, Kejohanan Piala Antarabangsa Frenz (FIC) 2015 telah berlangsung di Kuala Lumpur dan Palembang, Indonesia pada Januari lalu. Kejuaraan Trofi Juara Juara Asia (ACT) pula dijadualkan pada pertengahan tahun 2015 nanti.

Comments

comments

<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: PESTA SUKAN PASTI MELAKA 2015 <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2015 02:07 AM PDT





KLIK SINI ALBUM KEJOHANAN

Assalamualaikum

Selamat sejahtera

Pada 7 hingga 9 April 2015, SK Kemendor telah dilantik untuk mengelola Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSS Kawasan Jasin 2015 dan kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jasin, En. Julani bin Juri pada majlis penutup kejohanan tersebut. Kejohanan ini dapat berjalan dengan sangat baik selama 3 hari berlangsung.

20 buah pasukan dari sekolah-sekolah daerah Jasin terlibat dalam kejohanan ini. Peringkat kumpulan berlangsung selama 2 hari dari 7 hingga 8 April 2015. Manakala peringkat akhir kejohanan dan majlis perasmian penutup pada 9 April 2015.

Kejohanan tersebut dimenangi oleh SK Kesang Tua sebagai juara bagi edisi tahun 2015 dengan menewaskan SK Kemendor di perlawanan akhir melalui set penentuan sepakan penalti selepas mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan sebenar. SK Jasin pula berjaya memenangi tempat ketiga dengan menewaskan SK Air Baruk dengan keputusan jaringan 3-0.

Tahniah kepada pasukan SK Kemendor kerana berjaya ke peringkat perlawanan akhir walaupun tewas kepada SK Kesang Tua melalui sepakan penalti. Tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada para pemain, pengurus dan jurulatih pasukan bola sepak SK Kemendor yang telah berusaha untuk mengharumkan nama SK Kemendor dalam kejohanan tersebut.

Terima kasih kepada VIP yang hadir ke majlis perasmian penutup kejohanan iaitu Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jasin, En. Julani b. Juri, Penyelia Sukan PPD Jasin, En. Md Noh b. Yusoff, YDP PIBG SK Kemendor, En. Umar b. Hj Tehe dan Pengerusi Teknik Bola Sepak Melaka, En Malek b. Md. Sam. 

Terima kasih juga kepada penyumbang kejohanan terutama Bank Rakyat Cawangan Jasin yang banyak membantu SK Kemendor sebagai pengelola dalam persiapan kejohanan. Terima kasih juga kepada para pengadil yang menjalankan tugas dengan baik.

Terima kasih juga kepada 20 pasukan, pengurus dan jurulatih yang memberi kerjasama untuk kejohanan tersebut. Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Sekian terima kasih.

JOHAN : SK KESANG TUA

NAIB JOHAN : SK KEMENDOR

KETIGA : SK JASIN

KEEMPAT : SK AIR BARUK

Keputusan Perlawanan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSS Kawasan Jasin 2015

PUSINGAN AWAL

PUSINGAN AKHIR

kejohanan <b>bola sepak</b> mss negeri <b>melaka</b> 2015 - sk kemendor <b>...</b>

Posted: 06 May 2015 07:20 PM PDT

Kejohanan Bola Sepak MSS Negeri Melaka telah diadakan di SK Lesung Batu, Alor Gajah pada 5 hingga 7 Mei 2015. MSS Bola Sepak Jasin telah diundi dalam kumpulan A bersama pasukan Tanjung, Ayer Keroh dan Bukit Cina manakala kumpulan B pula, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Merlimau. 4 pasukan telah berjaya melayak diri ke separuh akhir iaitu, Ayer Keroh, Bukit Cina, Alor Gajah dan Merlimau. Perlawanan separuh akhir, tempat ketiga dan keempat serta akhir berlangsung pada 7 Mei 2015 hari khamis.

4 pelajar SK Kemendor telah terpilih mewakili pasukan bola sepak kawasan Jasin iaitu, Mohd Iskandar Shah, Muhamamd Asyraf, Muhammad Syamel Muadzam dan Muhammad Zaim Iqbal.

Keputusan penuh perlawanan :

Jasin vs Tanjung ( 1 - 1 )

Jasin vs Ayer Keroh ( 1 - 4 )

Jasin vs Bukit Cina ( 0 - 2 )

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berusaha walaupun tidak ada rezeki untuk ke peringkat seterusnya. Semoga pada tahun akan datang akan lebih bersemangat dan lebih baik untuk kejohanan tersebut.

Sekian terima kasih. 

No comments:

Post a Comment