Search This Blog

Sunday, August 30, 2015

Petanda positif bola sepak Melaka | Perak Today - Bola Sepak Melaka Blog

Petanda positif <b>bola sepak Melaka</b> | Perak Today - Bola Sepak Melaka Blog


Petanda positif <b>bola sepak Melaka</b> | Perak Today

Posted: 25 Aug 2015 04:17 AM PDT

Kuala Lumpur: Stadium Hang Jebat, Melaka dipilih sebagai venue perlawanan akhir Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (Liga FAM) 2015 antara juara Kumpulan A Perlis dan juara Kumpulan B Melaka United, Ahad ini.

Keputusan itu dimaklumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kejayaan Perlis dan Melaka United menjuarai kumpulan masing-masing menyaksikan mereka layak beraksi dalam saingan Liga Perdana 2016, manakala Kuala Lumpur dan SPA Putrajaya FC yang menduduki tangga ke-11 dan 12 Liga Perdana 2015 tersingkir ke saingan Liga FAM.

Perlis muncul juara Kumpulan A setelah mengalahkan pencabar terdekat Real Mulia FC 2-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, manakala Melaka United pula ungguli Kumpulan B menerusi perbezaan jaringan ke atas pencabar terdekat MISC-MIFA walaupun kedua-dua pasukan berkongsi 36 mata selepas 16 perlawanan.

Saingan Liga M 2015 bakal melabuhkan tirai menerusi kempen Piala Malaysia melibatkan 10 pasukan Liga Super, empat pasukan teratas Liga Perdana dan dua pemenang perlawanan kalah mati yang berlangsung hari ini.

Perlawanan kalah mati itu membabitkan pertemuan NS Matrix dan ATM serta Sime Darby FC dan Johor Darul Ta'zim II.

Sementara itu, Melaka United mahu mencari pemain dari negara ASEAN dalam menghadapi saingan Liga Perdana musim depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United berkata, barisan pemain sedia ada yang sebelum ini bertarung dalam Liga FAM belum cukup ampuh untuk bertarung dalam Liga Perdana yang lebih hebat.

Melaka United layak ke Liga Perdana apabila muncul juara Kumpulan B Liga FAM. – BERNAMA

Comments

Sukan Malaysia dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : <b>Melaka</b> Juara Liga <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2015 08:10 AM PDT

Pasukan Melaka atau nama gelaran mereka Hang Tuah berjaya merangkul kejuaraan Liga FAM 2015 apabila membenam cabaran pasukan Perlis atau Singa Utara dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan akhir Liga FAM 2015 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat Melaka. Pasukan Melaka bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman, Mat Zan Mat Aris yang juga juara kumpulan B sebelum ini telah mengesahkan aksi dalam saingan Liga Premier 2016 bersama-sama pasukan Perlis yang dibimbing oleh Yusri Che Lah selaku Juara Kumpulan A. Pada perlawanan yang berlangsung pada 29 Ogos 2015, Nurshamil Abdul Ghani muncul wira apabila menjaringkan hatrik untuk pasukan Melaka manakala 2 gol pasukan Perlis dijaringkan oleh Syafiq Azmi.

Kejayaan serta kemenangan ini pastinya melonjakkan semangat pasukan Melaka yang telah lama mengalami kemerosotan ekoran prestasi tidak menentu seterusnya menghadapi musim depan dengan memberikan saingan terbaik dengan 11 pasukan lain. Bual Sukan ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Hang Tuah serta tahniah juga kepada pasukan Singa Utara atas kejayaan melangkah ke saingan Liga Premier 2016 akan datang.  

<b>Melaka</b> United cari pemain ASEAN kukuhkan pasukan - 90minit.com

Posted: 24 Aug 2015 03:19 AM PDT

MELAKA 19 August 2015. ( MB601M / Keluaran Khas BH ) Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron ketika ditemubual di kediaman rasminya di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka. NSTP/Muhammad Hatim Ab MananMELAKA 19 August 2015. ( MB601M / Keluaran Khas BH ) Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron ketika ditemubual di kediaman rasminya di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka. NSTP/Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United, Datuk Seri Idris Haron mahu mencari pemain dari negara ASEAN dalam menghadapi saingan Liga Perdana musim depan. Idris yang juga Ketua Menteri Melaka berkata barisan pemain sedia ada yang sebelum ini bertarung dalam Liga FAM belum cukup ampuh untuk bertarung dalam Liga Perdana yang lebih hebat.

Melaka United layak ke Liga Perdana apabila muncul juara Kumpulan B Liga FAM walaupun tewas kepada Young Fighters FC 0-2 malam tadi. "Apabila memasuki Liga Perdana, kita perlu pastikan kita tidak tersingkir semula ke Liga FAM," katanya.

Sementara itu Ketua Jurulatih Melaka United, Mat Zan Md Aris, berkata mereka mahu menjulang Piala FAM pada perlawanan akhir menentang Perlis Ahad ini. "Ia sebagai kemenangan untuk penyokong kita. Kita lihat stadium adalah penuh (malam tadi) dan ia petanda baik untuk bola sepak Melaka secara keseluruhan," katanya.

Penyerang muda Melaka United, Nurshamil Abd Ghani pula berkata beliau berazam untuk mencapai kemenangan buat Melaka. "Saya mahu membantu Melaka United memenangi Piala Liga FAM dan saya mahu terus bermain bersama Melaka United pada saingan Liga Perdana tahun depan," katanya. -BERNAMA

Sumber: Berita Harian


Thursday, August 27, 2015

Melaka United Iringi Perlis Ke Liga Perdana dan Bakal Berentap Di ... - Bola Sepak Melaka Blog

<b>Melaka</b> United Iringi Perlis Ke Liga Perdana dan Bakal Berentap Di <b>...</b> - Bola Sepak Melaka Blog


<b>Melaka</b> United Iringi Perlis Ke Liga Perdana dan Bakal Berentap Di <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2015 12:10 PM PDT

Melaka United layak ke saingan Liga Perdana tahun depan apabila menjuarai Kumpulan B Liga FAM, walaupun tewas kepada Young Fighters FC 2-0 dalam perlawanan terakhir di Stadium Hang Jebat, di sini, malam ini.

wpid-photogrid_1439828624326-1080x675

Melaka United mengiringi Perlis, yang muncul juara Kumpulan A, bagi bersaing dalam Liga Perdana musim depan dan dua pasukan itu akan bertembung dalam perlawanan akhir merebut Piala Liga FAM dijadualkan pada 30 Ogos ini.

Pada perlawanan itu, Melaka United yang bermain dengan sokongan padu kira-kira 20,000 penyokong, bilangan penonton teramai bagi tuan rumah ,usim ini, bertemu buku dengan ruas dalam saingan sengit dua pasukan tersebut.

Young Fighters FC membuka jaringan hasil sepakan penjuru yang disudahkan dengan kemas oleh pemain tengah R. Barathkumar pada minit ke-23 dengan menewaskan penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam.

Jaringan itu tidak melemahkan semangat pemain Melaka United yang terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu lawan.

Bagaimanapun, bermain dengan tekanan sedikit sebanyak menjejaskan percaturan strategi jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris untuk Melaka United.

Melaka United memperolehi banyak peluang sepanjang perlawanan terutamanya melalui ayam tambatan mereka Nurshamil Abd Ghani, bagaimanapun mereka gagal menyudahkan peluang tersebut dengan baik apabila rembatan pemain Melaka United kerap tersasar dan terkena palang.

Young Fighters FC dibimbing seorang lagi jurulatih berpengalaman, Azmi Mohamed, menambah derita Melaka United pada minit terakhir perlawanan apabila penyerang Muhammad Zulfahmi Awang merembat masuk gol kedua pada minit ke-89.

Kekalahan itu tidak menjejaskan kegembiraan penyokong tuan rumah yang meraikan titik penamat 'percutian' Melaka United selama lima musim di Liga FAM selepas pengadil perlawanan Khirulazuan Kidam meniupkan wisel penamat.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Melaka United muncul juara kumpulan dengan mengumpul 36 mata, terikat bersama MISC-MIFA. Bagaimapaun, Melaka United memiliki kelebihan satu perbezaan gol untuk mnungguli carta kumpulan.

Young Fighters menghuni ketiga dengan 31 mata, diikuti MOF FC (21), PB Melayu Kedah (20), Harimau Muda C (19), Air Asia Allstar (16), PB Ipoh (13) dan Johor Darul Ta'zim III dengan 10 mata.

SPMB

-Stadium Astro

Pasukan FA Negeri Yang Pernah Tersungkur ke Liga FAM — Daily <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2015 12:42 AM PDT

Pasukan Perlis sudah mengesahkan kelayakan mereka ke arena bola sepak professional, Liga Perdana 2016, setelah menewaskan Real Mulia FC 2-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Jika sejarah bola sepak Malaysia disemak kembali, Perlis merupakan salah satu dari pasukan bola sepak negeri (dengan kata lain pasukan FA) yang pernah jatuh ke divisyen 3 piramid bola sepak Malaysia, sejak Liga Super Malaysia mula diperkenal pada tahun 2005.

Masalah pengurusan dan kewangan boleh dikatakan menjadi punca utama kegagalan setiap pasukan yang pernah terjerumus ke divisyen 3 tersebut. Berikut adalah senarai pasukan yang pernah jatuh terpeleot ke liga FAM.

  1. Perlis
3358705769_91d2808af6

Kenangan manis Perlis menjuarai Piala Malaysia 2006

Singa Utara pernah menjuarai Liga Super Malaysia pada 2005, dan memenangi Piala Malaysia pada 2004 dan 2006. Prestasi pasukan ini terus konsisten sebagai pencabar utama Liga Super untuk beberapa tahun berikutnya.

Bermula tahun 2010, prestasi Perlis merosot di mana mereka sekadar menduduki tempat ke 12 dari 14 pasukan Liga Super, walaupun menduduki tangga kedua liga pada tahun sebelumnya, dan akhirnya diturunkan ke Liga Perdana pada musim 2012, setelah menduduki tempat tercorot Liga Super pada 2011.

Nasib Perlis tidak berubah apabila berlaku masalah kepimpinan di Perlis FA dan prestasi pasukan semakin merudum ibarat nilai Ringgit Malaysia apabila secara istikamah menduduki tangga bawahan Liga Perdana. Penyokong semakin berkurang ke stadium. Kewangan semakin parah.

Akhirnya, sleeping giant  ini tersungkur dan bermain di Liga FAM pada 2015. Bagaimanapun, di bawah kendalian Yusri Che Lah, Perlis berjaya menjuarai Liga FAM kumpulan A, dan sekaligus melayakkan mereka bermain di Liga Perdana selepas hanya semusim di divisyen 3 piramid bola sepak Malaysia.

  1. Melaka
1495330_1641270742767661_5142325019671358536_o

Melaka United – bakal beraksi di Liga Perdana musim 2016

Dalam sejarah bola sepak Malaysia, Melaka hanya pernah sekali menjuarai Liga Malaysia iaitu pada tahun 1983, pada tahun Lim Teong Kim memulakan karier bola sepaknya. Namun selepas itu, bola sepak Melaka gagal menjuarai mana-mana kejohanan utama anjuran FAM.

Lebih pilu lagi, Melaka terjerumus ke Liga FAM setelah menduduki tangga ke 11 dari 12 pasukan Liga Perdana pada tahun 2010. Pasukan Hang Tuah ini merupakan pasukan FA yang paling lama bermain di Liga Divisyen 3 semenjak Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004, iaitu dari 2011 hingga 2015.

Nasib Melaka berubah apabila pucuk pimpinan Melaka FA bertukar. Menteri besar, Datuk Wira Idris Haron yang mengambil alih kerusi Presiden MAFA, dan melakukan penjenamaan semula kepada Melaka United Soccer Association (MUSA), dan pasukan Melaka lebih dikenali dengan Melaka United.

Menariknya, Melaka United telah didaftarkan sebagai kelab bola sepak yang menurut syarat-syarat penswastaan oleh FMLLP.

Pada tahun 2015, di bawah kendalian Mat Zan Mat Aris, Melaka United dilihat hampir pasti menjuarai kumpulan B liga FAM dan layak ke Liga Perdana Malaysia 2016.

  1. Kelantan
hqdefault

Kelantan adalah pasukan kedua selepas Kedah menjadi 'treble wInner' pada tahun 2012

Sebelum era pentadbiran Tan Sri Annuar Musa (TSAM), bola sepak Kelantan tidak banyak mempunyai sejarah yang boleh dibanggakan. Mereka hanya sekali layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Perak pada tahun 1970. Pada tahun 1993, mereka bermain sehingga ke separuh akhir piala Malaysia sebelum tewas kepada juara pada tahun tersebut, Kedah.

Masalah pengurusan dan kewangan menjadi aspek utama kegagalan Kelantan mencapai pencapaian yang lebih baik dalam lipatan sejarah bola sepak negara. KAFA diterajui Wan Hashim Wan Daud dari tahun 1991 sehingga 2004, di mana sejarah hitam bola sepak Kelantan telah berlaku.

Kelantan menduduki tangga terbawah Liga Perdana pada 2004, dan tersingkir ke liga FAM pada tahun 2005. Kerusi presiden KAFA bertukar tangan apabila Ahmad Jazlan Yakkub, sorang ahli perniagaan, mengambil alih.

Kelantan menjuarai liga FAM pada tahun tersebut setelah menewaskan Shahzan Muda FC dan kembali ke era bola sepak professional pada tahun 2006. Ahmad Jazlan memberi laluan kepada TSAM untuk menjadi presiden KAFA pada tahun 2007, dan seperti kata orang putih, the rest is history.

  1. Pulau Pinang
FAP2-300x397

Legenda Pulau Pinang – Merzagua Abderrazak

Pulau Pinang adalah merupakan antara kuasa besar bola sepak Malaysia antara 1950-1970-an. Dalam tempoh tersebut, skuad Harimau Kumbang ini telah memenangi Piala Malaysia pada tahun 1953,1954, 1958 dan 1974. Pada tahun 2001 di bawah kendalian Irfan Bakti, Pulau Mutiara ini berjaya memenangi Liga Perdana (ketika itu Liga Perdana adalah liga divisyen 1).

Sewaktu musim 2008, pasukan Pulau Pinang dilanda masalah kewangan dan masalah ini berlarutan selama beberapa tahun. Lebih teruk lagi, ada pemain yang tidak dibayar gaji sehingga empat bulan!

Prestasi pasukan terus merudum dan pada tahun 2001, mereka terjerumus ke dasar Liga Perdana setelah hanya mengutip 4 mata dari 22 perlawanan. Pulau Pinang menghadapi saingan Liga FAM pada tahun 2012, dengan melantik jurulatih baru, Janos Krescka dan mereka sekadar menduduki pertengahan liga.

Tidak berpuas hati prestasi pasukan, pihak pengurusan bertindak melantik pemain import legenda Pulau Pinang dari Maghribi, Merzagua Abderrazak dan hasilnya, mereka berjaya menjuarai Liga FAM pada tahun 2013, dan layak untuk bermain di Liga Perdana pada tahun 2014. Tetapi saying, khidmat Merzagua tidak dapat diteruskan kerana syarat FAM menyatakan jurulatih pasukan Liga Perdana dan Liga Super perlu mendapatkan lesen kejurulatihan kelas A.

Baca juga : Pulau Pinang berpeluang menjuarai Liga Perdana

5.   Kuala Lumpur

Azman Adnan - memulakan karier bersama skuad warga kota.

Azman Adnan – memulakan karier bersama skuad warga kota.

Kuala Lumpur menjadi pasukan FA yang pertama terjerumus ke Liga FAM, dan naik ke liga Perdana dan turun kembali. Prestasi yang terumbang-ambing sepanjang musim 2015 menyebabkan mereka gagal membina momentum untuk sekurang-kurangnya naik ke pertengahan liga.

Lebih teruk lagi, pasukan warga kota ini dikaitkan dengan aktiviti menjual perlawanan, malah ultrasnya pernah menyerang seorang lelaki di dalam stadium yang disyaki sebagai seorang bookie. 

Alangkah sedihnya melihat pasukan yang pernah menjulang nama Azman Adnan, Shahrin Majid, Yap Wai Loon dan Shebby Singh ini terkulai layu bagai teratai di tasik madu. 

Thursday, August 13, 2015

Kepakaran Frenz United bantu bola sepak Melaka – KM | Perak Today - Bola Sepak Melaka Blog

Kepakaran Frenz United bantu <b>bola sepak Melaka</b> – KM | Perak Today - Bola Sepak Melaka Blog


Kepakaran Frenz United bantu <b>bola sepak Melaka</b> – KM | Perak Today

Posted: 21 Apr 2015 05:15 AM PDT

MELAKA: Kepakaran yang dimiliki kelab bola sepak Frenz United mampu membantu Melaka mengembangkan bakat muda sukan bola sepak di negeri ini seterusnya memajukan sukan itu di negeri Hang Tuah ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Justeru, Idris yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), berkata kerjasama yang dilakar MUSA dan Perbadanan Stadium Melaka dengan Frenz United bakal menjadi titik permulaan ke arah itu.

"Rakyat Melaka amat dahagakan kejayaan pasukan bola sepak Melaka iaitu Melaka United untuk melangkah ke tahap yang lebih baik dan disegani dalam sukan bola sepak.

"Bagaimanapun perlu diingatkan usaha memartabatkan sukan ini tidak boleh melalui jalan pintas, lebih banyak kerjasama yang erat perlu dijalin bersama pakar bola sepak seperti Frenz United," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MUSA, Perbadanan Stadium Melaka dengan Frenz United di sini.

Pada majlis itu Setiausaha Agung MUSA, Ahmad Rosli Hamzah, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Melaka, Datuk Yusoff Mahadi dan Presiden Frenz United, Datuk Noor Ihsan Abdul Hamid menandatangani MoU berkenaan.

Pasukan bola sepak Melaka United yang dibimbing jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris kini di tangga ketiga dalam Kumpulan B Liga FAM selepas mencatat tiga kemenangan daripada lima perlawanan.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama itu, Idris berkata Stadium Hang Tuah di sini akan menjadi gelanggang rasmi buat Frenz United untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa antaranya Piala Antarabangsa Frenz dan Kejuaraan Trofi Juara Asia.

"Stadium Hang Tuah akan menjadi 'homeground' kepada semua aktiviti yang dijalankan Frenz United, kelab itu juga akan melaksanakan kerja penambahbaikan stadium dengan anggaran kos RM3 juta.

Pulangan pula dianggarkan RM200,000 setahun atau RM3 juta dalam tempoh 15 tahun," katanya. Selain itu, beliau berkata buat masa ini, Frenz United juga bersetuju untuk mengambil alih dua daripada 10 buah padang bola di kawasan Stadium Hang Jebat untuk dijadikan tempat latihan. – BERNAMA

-Berita Harian

Comments

FRENZ UNITED PILIH <b>MELAKA</b> SEBAGAI &#39;RUMAH&#39; | Dunia Sukan <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2015 07:47 PM PDT

IMG_2341

Persatuan Bolasepak Melaka United atau lebih dikenali sebagai MUSA dan Kelab Bolasepak Frenz United hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) yang mana bakal menyaksikan satu kerjasama yang lebih baik untuk meningkatkan tahap bolasepak di negeri ini akan dilaksanakan.

Menerusi perjanjian ini, MUSA dan Frenz United akan bekerjasama dalam program pembangunan di peringkat akar umbi bagi mengenalpasti lebih ramai pemain-pemain berbakat di negeri ini.

Selain itu, perjanjian persefahaman ini juga bakal menyaksikan Stadium Hang Tuah akan menjadi gelanggang rasmi buat Kelab Bolasepak Frenz United untuk menjalankan aktiviti mereka termasuk penganjuran kejohanan-kejohanan antarabangsa yang akan disertai mereka seperti Trofi Juara-Juara (Asia Champions Trophy, ACT) dan juga Piala Antarabangsa Frenz (Frenz International Cup, FIC).

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga merupakan Presiden MUSA selain disertai wakil pengurusan tertinggi kedua-dua pihak iaitu Datuk Yusoff Mahadi, Timbalan Presiden MUSA yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah, Perbadanan Stadium Negeri Melaka serta Dato' Noor Ihsan Abdul Hamid, Presiden Kelab Bolasepak Frenz United. Mengulas mengenai persetujuan yang dicapai bersama MUSA, Datuk Seri Idris Haron berkata: "MUSA cukup gembira menerusi Perjanjian Persefahaman yang termeterai ini yang mana aspek pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi diberi penekanan. Kami mengucapkan selamat datang kepada Frenz United ke Negeri Melaka dan saya dengan berbesar hati mengatakan disini bahawa Kelab Bolasepak Frenz United akan diterima baik oleh peminat sebagai kelab tempatan di Negeri Melaka.

"Sudah tentu ianya dapat membantu mengembalikan era kegemilangan bolasepak Melaka satu ketika dahulu dan saya percaya, Frenz United menerusi kepakaran mereka mampu membantu kami merealisasikannya. Justeru saya mengajak semua rakyat Negeri Melaka untuk memberikan sokongan padu kepada usaha ini, dan moga ianya akan mencapai kejayaan."

Datuk Seri Idris juga menyatakan ianya juga satu penghormatan buat Melaka untuk menjadi tuan rumah dua kejohanan elit remaja antarabangsa iaitu ACT dan FIC buat kali pertama.

"Negeri Melaka sebelum ini telah membuktikan kredibiliti sebagai penganjur acara sukan terbaik di Malaysia dan saya percaya, kita akan memberikan yang terbaik selaku tuan rumah untuk dua kejohanan ini nanti," tambah Datuk Seri Idris.

Presiden Frenz United FC, Dato' Noor Ihsan pula menyifatkan kerjasama kedua-dua pihak bakal membuka lembaran baru untuk sukan bolasepak tanahair.

"Hari ini menandakan satu peristiwa yang cukup penting dalam sejarah FUFC. Kami cukup teruja untuk menghasilkan kerjasama yang lebih utuh selain membolehkan perkongsian maklumat dan kepakaran bagi tujuan memantapkan program pembangunan bolasepak di negeri ini," kata Dato' Noor Ihsan.

"Kami juga mempunyai perancangan untuk membangunkan sukan bolasepak di peringkat sekolah dengan memperkenalkan klinik kejurulatihan," tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Ihsan menjelaskan Kelab Bolasepak Frenz United adalah berbeza dengan pasukan yang berpengkalan di akademi mereka yang terletak di Janda Baik.

"Kelab Bolasepak Frenz United diwujudkan sebagai kesinambungan kepada kareer pemain lepasan Akademi Bolasepak Frenz United di Janda Baik. Pemain-pemain yang telah berjaya menghabiskan tempoh pengajian dan latihan di Akademi akan diberi kontrak sebagai pemain professional di Kelab Bolasepak Frenz United," beliau berkata.

Menyentuh mengenai pemilihan Melaka sebagai tuan rumah untuk dua kejohanan anjuran mereka selepas ini iaitu ACT dan FIC, Dato Noor Ihsan berkata: "Melaka mempunyai kemudahan sukan serta pengalaman yang baik dalam menganjurkan acara-acara sukan bertaraf antarabangsa.

"Terdapat lebih 24 kelab antarabangsa dari seluruh Asia, Eropah, dan Amerika Selatan mengambil bahagian dalam kejohanan ACT dan FIC setiap tahun. Penyertaan kelab-kelab ini pasti akan melonjakkan industri pelancongan di Melaka," kata Dato' Noor Ihsan.

Sebagai rekod, Kejohanan Piala Antarabangsa Frenz (FIC) 2015 telah berlangsung di Kuala Lumpur dan Palembang, Indonesia pada Januari lalu. Kejuaraan Trofi Juara Juara Asia (ACT) pula dijadualkan pada pertengahan tahun 2015 nanti.

Comments

comments

<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: PESTA SUKAN PASTI MELAKA 2015 <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2015 02:07 AM PDT





KLIK SINI ALBUM KEJOHANAN

Assalamualaikum

Selamat sejahtera

Pada 7 hingga 9 April 2015, SK Kemendor telah dilantik untuk mengelola Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSS Kawasan Jasin 2015 dan kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jasin, En. Julani bin Juri pada majlis penutup kejohanan tersebut. Kejohanan ini dapat berjalan dengan sangat baik selama 3 hari berlangsung.

20 buah pasukan dari sekolah-sekolah daerah Jasin terlibat dalam kejohanan ini. Peringkat kumpulan berlangsung selama 2 hari dari 7 hingga 8 April 2015. Manakala peringkat akhir kejohanan dan majlis perasmian penutup pada 9 April 2015.

Kejohanan tersebut dimenangi oleh SK Kesang Tua sebagai juara bagi edisi tahun 2015 dengan menewaskan SK Kemendor di perlawanan akhir melalui set penentuan sepakan penalti selepas mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan sebenar. SK Jasin pula berjaya memenangi tempat ketiga dengan menewaskan SK Air Baruk dengan keputusan jaringan 3-0.

Tahniah kepada pasukan SK Kemendor kerana berjaya ke peringkat perlawanan akhir walaupun tewas kepada SK Kesang Tua melalui sepakan penalti. Tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada para pemain, pengurus dan jurulatih pasukan bola sepak SK Kemendor yang telah berusaha untuk mengharumkan nama SK Kemendor dalam kejohanan tersebut.

Terima kasih kepada VIP yang hadir ke majlis perasmian penutup kejohanan iaitu Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jasin, En. Julani b. Juri, Penyelia Sukan PPD Jasin, En. Md Noh b. Yusoff, YDP PIBG SK Kemendor, En. Umar b. Hj Tehe dan Pengerusi Teknik Bola Sepak Melaka, En Malek b. Md. Sam. 

Terima kasih juga kepada penyumbang kejohanan terutama Bank Rakyat Cawangan Jasin yang banyak membantu SK Kemendor sebagai pengelola dalam persiapan kejohanan. Terima kasih juga kepada para pengadil yang menjalankan tugas dengan baik.

Terima kasih juga kepada 20 pasukan, pengurus dan jurulatih yang memberi kerjasama untuk kejohanan tersebut. Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Sekian terima kasih.

JOHAN : SK KESANG TUA

NAIB JOHAN : SK KEMENDOR

KETIGA : SK JASIN

KEEMPAT : SK AIR BARUK

Keputusan Perlawanan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSS Kawasan Jasin 2015

PUSINGAN AWAL

PUSINGAN AKHIR

kejohanan <b>bola sepak</b> mss negeri <b>melaka</b> 2015 - sk kemendor <b>...</b>

Posted: 06 May 2015 07:20 PM PDT

Kejohanan Bola Sepak MSS Negeri Melaka telah diadakan di SK Lesung Batu, Alor Gajah pada 5 hingga 7 Mei 2015. MSS Bola Sepak Jasin telah diundi dalam kumpulan A bersama pasukan Tanjung, Ayer Keroh dan Bukit Cina manakala kumpulan B pula, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Merlimau. 4 pasukan telah berjaya melayak diri ke separuh akhir iaitu, Ayer Keroh, Bukit Cina, Alor Gajah dan Merlimau. Perlawanan separuh akhir, tempat ketiga dan keempat serta akhir berlangsung pada 7 Mei 2015 hari khamis.

4 pelajar SK Kemendor telah terpilih mewakili pasukan bola sepak kawasan Jasin iaitu, Mohd Iskandar Shah, Muhamamd Asyraf, Muhammad Syamel Muadzam dan Muhammad Zaim Iqbal.

Keputusan penuh perlawanan :

Jasin vs Tanjung ( 1 - 1 )

Jasin vs Ayer Keroh ( 1 - 4 )

Jasin vs Bukit Cina ( 0 - 2 )

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berusaha walaupun tidak ada rezeki untuk ke peringkat seterusnya. Semoga pada tahun akan datang akan lebih bersemangat dan lebih baik untuk kejohanan tersebut.

Sekian terima kasih.