Search This Blog

Saturday, October 25, 2014

25 PEMAIN MUDA GALAS TUGAS SABAH DI MELAKA – Portal ... - Bola Sepak Melaka Blog

25 PEMAIN MUDA GALAS TUGAS SABAH DI <b>MELAKA</b> – Portal <b>...</b> - Bola Sepak Melaka Blog


25 PEMAIN MUDA GALAS TUGAS SABAH DI <b>MELAKA</b> – Portal <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2014 02:52 AM PDT

Oleh WILLIE JUDE JUNAIDI
willie@sabahfa.com

PERSATUAN Bola Sepak Sabah (SAFA) baru-baru ini mengumumkan senarai 25 pemain yang bakal membawa cabaran pasukan negeri pada pertandingan bola sepak Piala Belia Bawah 19 Tahun anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Melaka, bermula 19 Ogos hingga 2 September depan.

Antara yang terpilih termasuk pemain berbakat daripada Penampang, O'Neill Shanahan Marcellinus Bungkilan yang dijangka bakal memperkuatkan lagi pasukan Sabah untuk memberi cabaran pada saingan kali ini selepas berjaya mendapat tempat ketiga pada kejohanan sama, tahun lalu.

Ketua Jurulatih, Rozle Idris, pasukan mula memilih pemain ketika kejohanan Piala Datuk Seri Musa Aman berlangsung, baru-baru ini, sebelum senarai terakhir dimuktamadkan selepas beberapa siri pemilihan pada pertengahan Julai lalu.

"Persiapan kita bermula sejak fasa pertama latihan iaitu pada 17 hingga 15 Julai lalu dan selepas kita berehat sempena Aidilfitri, kita akan menyambung latihan bermula 31 Julai hingga 16 Ogos.

Antara senarai pemain yang dipilih ialah penjaga gol, Datu Mohd Armin Datu Muhd (Tawau), Masran Masri (Kota Kinabalu) dan Jashaniezzan Rasman (Sipitang) manakala pertahanan terdiri daripada Mohd Harnain Hartono (Tawau), Zulhafiz Abdul Mahal (Tawau), Ghazali Abd Ismail (Tawau), Dyrance Junaidi (Keningau), Randy Baruh @ Samson (Sipitang), Muhammad Khirul Kamaruddin (Tawau), Mohd Azfizam Norli (Kota Belud) dan Josesua Jubin (Kota Kinabalu).

Sementara itu, O'Neill akan membantu bahagian tengah dengan dibantu Mohd Juraid Lijas (Papar), Saidi Latip (Kinabatangan), Ahmad Sabri Ahmad Urayah (Lahad Datu), Malik Jukup (Beluran), Mohd Mardi Makmur (Tawau), Mohd Fazzrey Karim (Beluran), Mohd Ikhmal Akid Bahari (Kota Kinabalu), Muhamad Hafiz Muhd Kamal (Tawau) dan Mohd Haqqul Yaqin (Tawau).

Penyerang yang bakal ditugaskan untuk memburu gol buat pasukan pula ialah Rahmanshah Marajeh (Tawau), Klismon Aribulan (Kudat), Fazriel Hanafi Stepanus (Tawau) dan Salprin Salleh (Nabawan).

Sabah akan bertemu dengan pasukan tuan rumah, Melaka pada perlawanan pembukaan pada 20 Ogos depan sebelum turun menentang pasukan jiran dari Borneo, Sarawak pada 22 Ogos.

Selepas itu, Sabah akan melengkapkan perlawanan di peringkat kumpulan menentang Kedah pada 24 Ogos dan Kuala Lumpur pada 26 ogos.

Perlawanan suku akhir pula akan berlangsung pada 28 Ogos, disusuli separuh akhir (30 ogos) dan perlawanan akhir (1 September).

Sementara itu, Othman Abdullah bakal membawa cabaran Sabah sebagai pengurus pasukan sementara Rozlee akan dibantu penolong jurulatih, ahmad Fakhrurazi.

Bekas penjaga gol skuad senior Sabah, Mark Damun pula akan bertindak sebagai jurulatih penjaga gol, Azirul Hassan sebagai Fisioterapi dan Muhamad Kamal Abdul Rani sebagai 'kitman'.

No comments:

Post a Comment