<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Senarai Buffet Ramadhan Di Melaka 2014 <b>...</b> - Bola Sepak Melaka Blog |
- <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Senarai Buffet Ramadhan Di Melaka 2014 <b>...</b>
- sultan melaka - <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog - Blogger
- <b>Melaka</b> mungkin kutip derma bantu pasukan <b>bola sepak</b>
- Melaka tuan rumah Sopma Ke18 - Utusan - <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog
- <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Melaka mungkin kutip derma bantu <b>...</b>
<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Senarai Buffet Ramadhan Di Melaka 2014 <b>...</b> Posted: 13 Jul 2014 02:26 AM PDT Keputusan Pemilihan Presiden FAM 25 Mei 2014 | Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas peroleh 27 daripada 39 undi, tewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam saingan dua penjuru, hari ini. Awal pagi tadi, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mengumumkan baginda menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Presiden FAM selepas memegang jawatan itu selama 30 tahun sejak 1984. Pengumuman itu dibuat Sultan Ahmad Shah pada ucapan pembukaan kongres ke-50 di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam. Dengan itu, saingan rebut jawatan Presiden antara Tengku Abdullah dan Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) - BH online Menurut mStar online pula : 2.15: Undian pemilihan jawatan presiden terpaksa diadakan untuk kali kedua disebabkan jumlah tidak mencapai majoriti 2/3 iaitu 26 undi mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan presiden. Pada undian pertama Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Penyandang Timbalan Presiden) mendapat 24 undi manakala Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat 15 undi. Timbalan Presiden (baharu) : Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang Naib Presiden) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAS) Naib Presiden (baharu): Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak) Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis) Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia) Datuk Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak) Ahli Jawatankuasa Eksekutif Lelaki (baharu): 1.Datuk Yusof Mahadi (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka) 2.Datuk Osman Salleh (penyandang) 3.Alijus @ Mohd Ali Sipil (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah) 4.Abdul Aziz Yeop Jamaludin (Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak) 5.Datuk S. Sivasundaram (penyandang) 6. Goh Ah Chai (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia) 7.Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang) 8.Datuk Othman Aziz (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah) BERIKUT adalah keputusan rasmi barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seisi 2014/18: Keputusan; Ahli Jawatankuasa Eksekutif Wanita: Brig Jeneral Datuk Norhuda Ahmad Normala Md Yusof |
sultan melaka - <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog - Blogger Posted: 05 Jul 2014 01:19 AM PDT Penulis menonton perlawanan persahabatan Melaka-Johor Darul Takzim II di Stadium Hang Tuah @ Kubu hari Sabtu (14Disember) 8.45 malam. Tahniah kepada MUSA atau Melaka United Soccer Association kerana berjaya mengembalikan perminat sukan bolasepak ke Stadium. Presiden MUFA mesti gembira dengan sambutan dan kehadiran penonton. Mungkin kah kerana tiada bayaran di kenakan untuk menonton atau semangat kesukanan? Ya dan tidak. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Pengamatan penulis mengenai permainan mereka adalah seimbang. `Ball possesion' Johor 55 peratus dan Melaka 45 peratus. Saiz badan pemain Melaka lebih sasa dan sama tinggi berbanding Johor Darul Takzim II. Pertahanan Johor Darul Takzim lebih tinggi daripada pemain tengah dan penyerangnya. Permainan Melaka agak `robust' menyebabkan permainan terganggu kelancarannya. Terdapat 3 pemain Johor di bawa keluar dan diganti dengan pemain gantian. Johor bermain lebih gentlemen atas semangat kesukanan. Johor ada membariskan pemain import (sekurang kurangnya bekas penyerang LionX) manakala Melaka 100 pemain tempatan. Jurulatih Melaka warga asing manakala Johor di latih oleh Saudara Azmi. Mutu pengadilan amat buruk dan tidak berjaya mengawal perlawanan. Penulis rasa pengadil berkenaan belum boleh dipertengahkan untuk Liga Perdana atau Divisyen. Penonton Johor kecewa dengan mutu pengadilannya. Sepatutnya Melaka menerima banyak kad kuning. Kelab penyokong Melaka perlu memperbaiki rythem atau choros lagu sokongan. Kelab penyokong Johor Darul Takzim lebih seragam dan bervariasi. Penulis berharap bunga api oleh penyokong Johor + Melaka tidak digunakan untuk mencederakan penonton tetapi untuk kemeriahan perlawanan. Penyokong Melaka diminta berhati hati dengan pembakaran mercun kerana takut terbakar diri sendiri dan sahabat handai. Jangan buang mercun kearah pemain walaupun pemain lawan melakukan kekasaran. Nanti kena denda beb. Ketua Menteri Melaka dan Presiden berkesempatan menonton perlawanan persahabatan ini dan tentunya gembira dengan sokongan peminat bolasepak negeri. Keadaan lalulintas agak sesak di dalam kawasan Jalan Hang Tuah. Penulis ini melihat kelibat Johor Darul Takzim I pulak selain peningkatan mutu pemainan Melaka dan `lebih gentleman' |
<b>Melaka</b> mungkin kutip derma bantu pasukan <b>bola sepak</b> Posted: 07 Jul 2014 01:03 AM PDT |
Melaka tuan rumah Sopma Ke18 - Utusan - <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog Posted: 28 Jun 2014 01:36 AM PDT Oleh FADZLY IZAB Idris Haron (tiga dari kanan) menyerahkan bendera Melaka kepada Amir Hamzah Aziz (dua dari kiri) sempena Sukan Orang Pekak Malaysia Ke18 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. MELAKA 5 Jun - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) ke18 yang bakal berlangsung pada 13 hingga 20 Jun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, Sopma kali ini bakal melibatkan kirakira 1,000 atlet kurang upaya pendengaran termasuk pegawai dari seluruh negara. Menurutnya, penganjuran Sopma kali ini juga membabitkan atlet dari dua negara jiran iaitu Singapura dan Brunei untuk bersaing dalam tujuh acara sukan yang dipertandingkan. ''Tujuh acara berkenaan termasuklah bola sepak, futsal, badminton, boling tenpin, boling padang, olahraga dan bola jaring. "Kesemuanya akan diadakan di beberapa venue sekitar bandar raya Melaka, Ayer Keroh dan Krubong," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Sopma ke18 di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini. Yang hadir sama Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Kamarzaman Harun dan Ketua Kontinjen Melaka, Amir Hamzah Aziz. Jelas Idris, acara sukan berkenaan bertujuan mencari bakat serta memberi peluang kepada atlet pekak yang berbakat untuk mewakili negara ke Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) dan Sukan Olimpik Orang Pekak (Deaflympic). Ujarnya, acara anjuran MSDeaf dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini telah beberapa kali berjaya menghantar kontinjen dalam keduadua sukan antarabangsa berkenaan sejak 1994. "Oleh yang demikian, saya berharap atlet yang beraksi di Sopma akan berusaha sedaya upaya mencapai kejayaan cemerlang bagi membuktikan masalah pendengaran bukan suatu halangan untuk berjaya seterusnya mampu mengharumkan nama negara di peringkat lebih tinggi," katanya. Sementara itu tambahnya, Sopma kali ini bakal menampilkan cara pengadilan dan teknikal berbeza dengan sukan biasa dan paralimpik iaitu dengan menggunakan tiupan wisel bagi permulaan, kesalahan dan tamat perlawanan serta ditambah penggunaan alat isyarat visual. "Penggunaan sistem berkenaan sudah lama digunakan di peringkat antarabangsa bagi memberi keputusan adil kepada atlet pekak yang bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan," tambahnya. Majlis perasmian Sopma ke18 akan diadakan pada 16 Jun ini di Stadium Hang Tuah di sini manakala majlis penutup diadakan pada 20 Jun di lokasi sama. |
<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Melaka mungkin kutip derma bantu <b>...</b> Posted: 22 Jun 2014 01:38 AM PDT |
You are subscribed to email updates from bola sepak Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |