Search This Blog

Saturday, May 24, 2014

sultan melaka - Bola Sepak Melaka Blog - Blogger - Bola Sepak Melaka Blog

sultan melaka - <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog - Blogger - Bola Sepak Melaka Blog


sultan melaka - <b>Bola Sepak Melaka</b> Blog - Blogger

Posted: 07 May 2014 01:12 AM PDT

Penulis menonton perlawanan persahabatan Melaka-Johor Darul Takzim II di Stadium Hang Tuah @ Kubu hari Sabtu (14Disember) 8.45 malam.

Tahniah kepada MUSA atau Melaka United Soccer Association kerana berjaya mengembalikan perminat sukan bolasepak ke Stadium. Presiden MUFA mesti gembira dengan sambutan dan kehadiran penonton. Mungkin kah kerana tiada bayaran di kenakan untuk menonton atau semangat kesukanan? Ya dan tidak.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Pengamatan penulis mengenai permainan mereka adalah seimbang. `Ball possesion' Johor 55 peratus dan Melaka 45 peratus.

Saiz badan pemain Melaka lebih sasa dan sama tinggi berbanding Johor Darul Takzim II. Pertahanan Johor Darul Takzim lebih tinggi daripada pemain tengah dan penyerangnya.

Permainan Melaka agak `robust' menyebabkan permainan terganggu kelancarannya. Terdapat 3 pemain Johor di bawa keluar dan diganti dengan pemain gantian. Johor bermain lebih gentlemen atas semangat kesukanan.

Johor ada membariskan pemain import (sekurang kurangnya bekas penyerang LionX) manakala Melaka 100 pemain tempatan. Jurulatih Melaka warga asing manakala Johor di latih oleh Saudara Azmi.

Mutu pengadilan amat buruk dan tidak berjaya mengawal perlawanan. Penulis rasa pengadil berkenaan belum boleh dipertengahkan untuk Liga Perdana atau Divisyen. Penonton Johor kecewa dengan mutu pengadilannya. Sepatutnya Melaka menerima banyak kad kuning.

Kelab penyokong Melaka perlu memperbaiki rythem atau choros lagu sokongan. Kelab penyokong Johor Darul Takzim lebih seragam dan bervariasi.

Penulis berharap bunga api oleh penyokong Johor + Melaka  tidak digunakan untuk mencederakan penonton tetapi untuk kemeriahan perlawanan. Penyokong Melaka diminta berhati hati dengan pembakaran mercun kerana takut terbakar diri sendiri dan sahabat handai. Jangan buang mercun kearah pemain walaupun pemain lawan melakukan kekasaran. Nanti kena denda beb.

Ketua Menteri Melaka dan Presiden berkesempatan menonton perlawanan persahabatan ini dan tentunya gembira dengan sokongan peminat bolasepak negeri. Keadaan lalulintas agak sesak di dalam kawasan Jalan Hang Tuah.

Penulis ini melihat kelibat Johor Darul Takzim I pulak selain peningkatan mutu pemainan Melaka dan `lebih gentleman'

<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota <b>...</b>

Posted: 12 May 2014 01:04 AM PDT

Tarikh: 03 Mei 2014 (3 Rejab 1435H)
Hari: Sabtu


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, guru-guru, dan semua yang terlibat..
SSNSMKSK menang lagi...yeah..

<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: 2 Pemain Bola Sepak berlatih di Man <b>...</b>

Posted: 08 May 2014 01:08 AM PDT

Tahniah diucapkan kepada pelajar benama Muhamad Kamil Ismail dan Durrkeswaran Ganasa dari tingkatan 5B kerana telah dipilih untuk berlatih di Manchester United Soccer School (MUSS), Old Trafford, England pada 2 hingga 11 Mei 2014 ini.

Sumber: En Jeraie bin Sitam (Jurulatih Bola Sepak)

Semoga latihan yang bakal dijalankan ini dapat memberikan pengalaman manis yang penuh bermakna bagi Muhamad Kamil Ismail dan Durrkeswaran Ganasan yang akan dikongsikan bersama warga SSNSMKSK. All the Best...

<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota <b>...</b>

Posted: 17 May 2014 01:54 AM PDT

Tarikh: 19.04.2014 (19 Jamadil Akhir 1435H)
Hari: Sabtu
Tempat: Stadium Mini,SSNSMK Tabuan Jaya, Sarawak.
Penyerahan T-shirt sponsor oleh ND7 Network. Terima kasih juga kepada cikgu Rosli atas usaha mendapatkan tajaan..
Di atas: Pasukan B17, Di bawah: Pasukan B14

Antara barisan pentadbir dan wakil JPN yang turut serta ke Sarawak.(Hj. Sapian:Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan,Pn Zainah:Ketua Unit Sukan, En Jasni:Penyelia Sukan Bola Sepak, En Baharim: PK HEM, En Hazani: PK Ko-ku)
Lawatan ke rumah salah seorang pemain B17: Mohd Izzat bin Sino.


LIGA FAM 2014: <b>MELAKA</b> UNITED 2-3 SHAHZAN MUDA

Posted: 18 May 2014 03:31 AM PDT

Pisang berbuah berkali-kali. Itulah perumpamaan yang sesuai diibaratkan dengan kempem Melaka United musim ini. Sasaran layak ke Liga Perdana tahun depan sekadar tinggal impian selepas pasukan dari Selatan tanah air ini mencatat kekalahan keenam musim ini.

Lebih memalukan, kekalahan tersebut dicatat menentang pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda FC di gelanggang sendiri. Entah apa yang tidak kena dengan pasukan atau pengurusan kali ini, skrip sama seperti yang dilakar 'gelap' Hahi dicetak semula pengurusan Melaka United Soccer Association (MUSA).

Selepas dipaksa seri dengan Perak YBU FC minggu lalu, anak buah Rahim Abdullah turun dengan misi wajib menang ke atas pasukan tangga kedua tersebut.

Melaka United bermula cemerlang pada awal permainan apabila pemain sayap berpengalaman, K.Rajan berjaya menyumbang gol pertama tuan rumah pada minit ke-12. Namun, kegembiraan penyokong Melaka United tidak lama apabila pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Helmi pada minit ke-29, seminit selepas Ahmad Khuzaimi 'Jimmy' dibuang padang. Melaka United berjaya mengekalkan kedudukan tersebut sehingga tamat babak pertama.

Selepas rehat, Rahim Abdullah melakukan satu pertukaran dengan mengeluarkan Amir Shahreen dan memasukkan penyerang, Wan Alif Jasmi. Tindakan tersebut nyata berhasil apabila penyerang berasal dari Terengganu itu berjaya memberikan gol pendahuluan Melaka United pada minit ke-48.

Defisit satu gol tersebut tidak kekal lama apabila pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-67 sebelum Muhammad Helmi sekali lagi menjadi duri dalam daging buat tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan, empat minit selepas itu.

Kedudukan kekal sehingga tamat permainan sekaligus meranapkan impian Melaka United untuk layak ke Liga Perdana tahun hadapan. Hanya keajaiban sahaja mampu membantu pasukan ini layak ke Liga Perdana.
Persoalannya, sejauh mana kredibiliti pengurusan MUSA dalam memperjuangkan bola sepak negeri ini? Jika dinilai, kedudukan semasa Melaka United musim ini sama seperti tiga tahun sebelumnya di Liga FAM.

Pencapaian Melaka United sepanjang 4 tahun di Liga FAM:-

2011 - Keenam
2012 - Ketujuh
2013 - Keenam
2014 - Ketujuh (sehingga 14 perlawanan)

Jadi, dimanakah angin perubahan yang dibawa pengurusan baru? Pada siapa agaknya hendak di tudingkan jari mereka? Pemain? Jurulatih? Bookie??? Mereka pasti ada jawapannya. Berikan jawapan bukan suruh penyokong bersabar. Sudah terlewat jika sikap di Wisma FAM dibawa dan dicetak ke dalam Wisma MAFA. Boleh pengurusan berikan jawapan???

MELAKA UNITED: Khairul Efsan, Rahmat Naemat, Ahmad Khuzaimi, Wan Hossen, Farid Saibun, K.Rajan, Sabri Adam (35' Aroon Kumar) (74' Asyrul Wahab), Amir Shahreen (45' Wan Alif Jasmi), Jasmer Mehat, Yusri Abas, Shaizil Japery

Simpanan Yang Tidak Digunakan: Mohd Azrin, Ng. Choon Yiap, Muhamad Zaini, Hasrul Nurkholis

Kad Kuning: 79' Farid Saibun

Kad Merah: 28' Ahmad Khuzaimi

Penjaring Gol: 12' K.Rajan

SHAHZAN MUDA FC: Mohd Wafieyuddin, Abdul Hazim, Mat Hafis Ariffin, Mohammad Nasruddin, Wan Muhammadd Izham, Mohd Faizal, Muhd Nursyazwan (90' Farid Aziz), Shukri Jaafar, Mohd Aizuddin, Muhammad Helmi

Simpanan Yang Tidak Digunakan: Zamir Zaini, Syahid Emin, Mohd Firdaus, Haidi Nasruddin, Nor Abdah Alif, W.Mohd Amin

Kad Kuning: -


Kad Merah: -

Penjaring Gol: 29' Muhammad Helmi, 67' Muhd Hariz, 71' Muhammad Helmi

Pemain Terbaik Perlawanan: Muhammad Helmi (Shahzan Muda FC) 

<b>Bola Sepak Melaka</b> Blog: Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 01:49 AM PDT

Tarikh: 26 April 2014 (26 Jamadil Akhir 1435H)
Hari: Sabtu
Squad Bola Sepak (B17)


Sumber: En Jeraie bin Sitam (Jurulatih)

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih yang terlibat..Kita menang yo!!..

No comments:

Post a Comment